BETONG, 25 Jan: Tiga projek jambatan mega di Sarawak dijadualkan siap tahun ini.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek itu melinatkan Jambatan Batang Lupar No. 1, Jambatan Sungai Lingga dan Jambatan Batang Saribas.
“Terima kasih Premier atas kejayaan pimpinannya di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS), kita dapat melaksanakan projek jambatan mega dan juga Stolport di Betong.
“Untuk itu dengan bangganya saya ingin mengumumkan kedudukan projek tersebut yang mana Jambatan Batang Lupar No.1 iaitu jambatan sepanjang 4.8 kilometer akan siap pada 31 Disember 2025, Jambatan Sungai Lingga (11 Februari 2025) dan Jambatan Saribas (Pakej 02) akan siap pada 18 Mei 2025,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti PBB Zon Betong, di Dewan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, di sini, hari ini.
Sementara itu, Uggah berkata, tiga lagi projek jambatan yang kini dalam pelaksanaan dijangka siap pada tahun 2026.
Projek tersebut ialah Projek Batang Lupar No.2, Jambatan Batang Saribas 2 (Pakej A4), dan Jambatan Sungai Krian.-TVS