Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menyampaikan sumbangan pakaian seragam sekolah kepada pelajar sekolah pada Majlis Skuad Ihsan MADANI Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Sekolah Kebangsaan Bendang Nyior hari ini. Foto Bernama

Sumbangan Ihsan MADANI ringankan beban 200 keluarga mangsa banjir

ByBernama

TANAH MERAH, 25 Jan: Sumbangan Ihsan MADANI kepada 200 keluarga mangsa banjir di Kelantan termasuk bantuan pembelian pakaian seragam sekolah, meringankan lagi beban ibu bapa menjelang sesi persekolahan akan datang.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata sumbangan itu merangkumi baucar pembelian di pasar raya tertentu untuk keperluan persekolahan.

“Selain bantuan banjir dan pakaian seragam sekolah, kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga membolehkan sebanyak 200 topi keledar diagihkan kepada penduduk setempat di sini.

“Seramai 58 keluarga kakitangan JPJ yang turut terjejas akibat banjir turut menerima bantuan Ihsan MADANI. Selain itu lesen motosikal percuma juga diberikan kepada penerima terpilih dengan syarat mereka menghadiri kelas yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sumbangan Skuad Ihsan MADANI JPJ Kelantan dan Pakaian Seragam Sekolah Kepada Mangsa Banjir di Sekolah Kebangsaan Bendang Nyior, di sini hari ini.

Beliau berkata bantuan yang disalurkan itu turut mendapat kerjasama badan bukan kerajaan (NGO), badan kebajikan dan inisiatif pendidikan kepada pelajar miskin Malaysia sejak 2016. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan