Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti PBB Zon Betong, di Dewan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, Betong hari ini. Foto TVS

STOLport Bebuling ubah landskap Betong

BETONG, 25 Jan: Projek lapangan terbang landasan pendek (STOLport) Bebuling dijangka mengubah landskap Betong secara keseluruhannya.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia akan memberi impak besar terhadap pembangunan ekonomi dan kemajuan infrastruktur di kawasan tersebut.

“Sekarang Betong sudah ada jambatan iaitu jambatan keluli Sungai Paku di Tanjung Sebekut, Spaoh dan STOLport Bebuling. Dengan adanya landasan ini, kita boleh menarik pelancong untuk datang ke sini.

“Kalau kita lihat memang ada kapal terbang yang boleh membawa penumpang kira-kira 20 orang dalam satu masa menggunakan landasan (runway) yang pendek. Jadi apabila kemudahan ini sudah wujud, secara tidak lansung orang ramai boleh datang ke Betong dan Spaoh untuk melihat apa yang ada di sini termasuklah Tasik Batang Ai yang mana nanti kita boleh bangunkan kawasan itu untuk riadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti PBB Zon Betong, di Dewan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, Betong Highland Hill Hotel yang terletak di sini juga perlu dibina semula untuk memberi keselesaan kepada pengunjung.

“Bina hotel baharu kerana keadaan hotel tersebut sudah teruk. Bila fasiliti seperti ini sudah ada pengunjung pun senang mereka juga boleh ke Batang Ai saya kira hanya mengambil 45 minit ke satu jam sahaja. Maka industri kita pun bertambah,” ujarnya.

Untuk rekod, Bebuling STOLport yang bernilai RM296 juta kini telah mencapai 70.16 peratus kemajuan berbanding 69.77 peratus mengikut jadual.

Dengan bangunan terminalnya telah siap, kerja terkini tertumpu pada pemasangan sistem lapangan terbang, kerja-kerja awam di bahagian udara (termasuk landasan dan laluan pesawat) serta kerja-kerja awam di bahagian darat (tempat letak kereta dan jalan akses utama).

Projek tersebut dijadualkan siap menjelang 27 September 2025. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan