Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris. Foto Pusat Khidmat DUN Simunjan

SKAS: Kaunter SPay Global, SarawakID di Simunjan mudahkan warga emas

ByFarah Diyana Samsuddin

SIMUNJAN, 25 JAN: Warga Simunjan diseru untuk hadir ke Dewan Mesra Simunjan hari ini bagi mendapatkan khidmat bantuan pendaftaran aplikasi SPay Global dan SarawakID untuk melayakkan diri menerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).

ADUN Simunjan, Awla Dris berkata hari ini merupakan hari terakhir bagi pembukaan kaunter iaitu dari 9 pagi hingga 5 petang.

“Saya mohon agar penduduk di Simunjan hadir pada hari ini dan meuar-uarkan kepada saudara mara, jiran dan kawan-kawan yang lain agar tiada yang tercicir peluang pendaftaran hari ini,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Awla juga berharap semua penduduk di sini memberikan kerjasama yang baik kepada petugas terlibat bagi memudahkan pendaftaran mereka.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan syukur berhubung inisiatif pembukaan kaunter di semua daerah di negeri ini termasuk kawasannya di sini.

“Terdapat kekangan yang dihadapi oleh penduduk untuk memohon bantuan ini terutamanya bagi warga emas,” ujarnya.

Dewan Mesra Simunjan merupakan lokasi terakhir pembukaan kaunter pendaftaran aplikasi SPay Global dan SarawakID bagi SKAS di Bahagian Samarahan selain di Gelangang Futsal, Pekan Sebuyau hari ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan