Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis merampas lebih 17,000 karton minuman keras tanpa cukai bernilai kira-kira RM15.15 juta.

Polis rampas lebih 17,000 karton arak tanpa cukai di Sibu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Polis merampas lebih 17,000 karton minuman keras tanpa cukai bernilai kira-kira RM15.15 juta dalam Op Taring Alpha 2 di dua premis di Sibu, Sarawak pada Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata turut dirampas dua forklift, tiga lori bonded atau tertutup dan sebuah kereta.

“Tangkapan dan rampasan berkenaan dipercayai berjaya memutuskan rangkaian sindiket penyeludupan, pengedaran dan penjualan arak tidak berkastam yang bergerak aktif di sekitar Sibu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azmi berkata sebanyak 41 serbuan dijalankan seluruh negara dan 44 orang ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan penyeludupan barangan tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi, penyeludupan hidupan liar dan penjualan senjata tiruan sejak 1 Jan lepas.

“Keseluruhan nilai rampasan sepanjang tempoh itu dianggarkan berjumlah RM175,937,546.85,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan