Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasil pemeriksaan di bahagian belakang lori, sebanyak 13 ekor lembu ditemukan tanpa dokumen yang sah. Lembu-lembu ini dipercayai diseludup dari Thailand. Foto hiasan Envato

Penghantar 13 ekor lembu seludup ditahan di Tumpat

ByBernama

KOTA BHARU, 25 Jan: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas sebanyak 13 ekor lembu seberat 8,450 kilogram yang dianggarkan bernilai RM126,750 di Kampung Bunohan, Tumpat pada Khamis lepas.

Komander PGA Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan itu dilakukan selepas anggota PGA menahan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun.

Beliau berkata lori itu dilihat memandu dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas Op Taring Wawasan Kelantan di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di bahagian belakang lori, sebanyak 13 ekor lembu ditemukan tanpa dokumen yang sah. Lembu-lembu ini dipercayai diseludup dari Thailand,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek dipercayai bertindak sebagai penghantar lembu terbabit ke pasaran tempatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.

“Suspek serta barang rampasan telah diserahkan ke Balai Polis Chabang Empat, Tumpat untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan