Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aksi atlet yang menyertai Cabaran Muaythai P206 Tanjong Manis di Sarikei, malam ini. Foto Ihsan PMNS

Penganjuran pertandingan muaythai di luar bandar, platform cungkil bakat baharu

BySaibi Gi

SARIKEI, 24 Jan: Penganjuran pertandingan muaythai di kawasan luar bandar merupakan langkah penting memupuk dan mencungkil bakat baharu dalam sukan ini.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abdul Wahab berkata acara seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mengenali sukan tempur ini dengan lebih dekat, malah ia berpotensi melahirkan pelapis bagi skuad SUKMA Sarawak pada masa depan.

Yusuf Abdul Wahab. Foto Ihsan PMNS

“Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) percaya bahawa kawasan luar bandar mempunyai banyak bakat yang belum diketengahkan.

“Dengan penganjuran pertandingan seperti ini, kita dapat menggali potensi mereka dan membimbing mereka ke tahap yang lebih tinggi,” katanya semasa merasmikan Cabaran Muaythai Parlimen Tanjong Manis di sini, malam ini.

Yusuf turut memberi penghargaan kepada anak-anak muda Sarawak yang telah berjaya mengharumkan nama negeri ini di pentas SUKMA, yakni Sarawak muncul juara keseluruhan sukan muaythai pada temasya SUKMA Ke-21 2024 dengan merangkul lima pingat emas, empat perak dan satu gangsa.

“Ini adalah bukti kejayaan hasil daripada program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh PMNS setiap tahun.

“Mereka tidak berhenti berusaha untuk memastikan Sarawak kekal menjadi kuasa utama dalam sukan muaythai di Malaysia,” katanya lagi.

Menurutnya, melalui penganjurannya, sukan ini semakin dikenali sebagai sukan riadah yang sihat dan bermanfaat, dengan ramai belia, termasuk wanita yang kini menceburi sukan ini dengan serius.

“Saya yakin dengan komitmen PMNS dan semua pihak yang terlibat, kita pasti akan melahirkan lebih ramai atlet berbakat seperti Jojo yang akan terus mengharumkan nama Sarawak di persada dunia suatu hari nanti,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan