Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Pasaran getah dijangka alami kenaikan sederhana minggu depan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Harga dan permintaan pasaran getah dijangka kekal tidak stabil dengan sedikit aliran kenaikan yang diramalkan minggu hadapan, didorong oleh cuaca yang tidak menentu di selatan Thailand, menurut pakar industri Denis Low.

Low berkata Jabatan Meteorologi Thailand (TMD) meramalkan gelombang sejuk baharu disertai dengan angin kencang sementara monsun timur laut terus membawa hujan lebat ke wilayah selatan negara itu.

“Hujan lebat yang berterusan di kawasan pengeluaran getah semakin menyukarkan pengeluaran dan mendorong harga lebih tinggi.

“Oleh itu, mungkin berlaku kekurangan bekalan dalam beberapa minggu akan datang,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga menekankan pelantikan Presiden AS yang baharu, Donald Trump baru-baru ini menyebabkan kenaikan mendadak dalam harga minyak yang mungkin memberi kesan berantai kepada komoditi lain, bergantung kepada dasar-dasar yang diperkenalkannya.

Sementara itu, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma) berkata pasaran getah dijangka mengalami aktiviti dagangan yang lebih perlahan minggu hadapan disebabkan oleh cuti Tahun Baharu Cina.

Persatuan itu berkata pasaran mengekalkan aliran kenaikan minggu ini walaupun terdapat isyarat bercampur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau.

“Pergerakan kenaikan ini disokong terutamanya oleh kebimbangan berterusan mengenai bekalan yang terhad.

“Keadaan cuaca basah di Thailand bersama-sama dengan hujan lebat dan kemungkinan banjir di negara pengeluar getah utama, mungkin mengganggu pengeluaran dan mengehadkan bekalan minggu hadapan,” katanya.

Berdasarkan asas Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) meningkat sebanyak 6.5 sen kepada 891 sen setiap kilogram manakala lateks pukal naik sebanyak 10.5 sen kepada 681 sen setiap kilogram. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan