Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke semasa Majlis Edaran Pek Cenderahati Sempena Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur Sentral di sini, hari ini. Foto Amiruddin (TVS)

MOT rancang tambah gerabak ETS, tingkat kapasiti penumpang – Loke

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Kementerian Pengangkutan (MOT) merancang untuk menambah lebih banyak gerabak termasuk ‘rolling stock’ bagi perkhidmatan Electric Train Service (ETS) untuk membolehkan kapasiti penumpang ditingkatkan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu susulan trend dan permintaan tinggi yang diterima ETS terutama sekali semasa musim perayaan.

“ETS ini semakin popular bukan sahaja untuk musim perayaan, tetapi pada waktu-waktu biasa juga. Itu sebabnya MOT memberikan fokus dan pendekatan yang agak tinggi kepada perkhidmatan ETS ini.

“Sekiranya kita ada kapasiti tambahan, saya yakin penumpang akan mencapai ratusan ribu. Malah, sekiranya kita mempunyai lebih banyak tren, saya yakin lebih ramai orang akan memilih menggunakannya daripada menggunakan kenderaan sendiri.

“Kita akan memberikan fokus kepada pembangunan kereta api dan kita berharap KTMB akan terus berusaha untuk menambah baik perkhidmatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Edaran Pek Cenderahati Sempena Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur Sentral di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin dan Pengarah Perbadanan Aset Keretapi, Datuk Jana Santhiran Muniayan.

Pada majlis itu, sebanyak 600 pek cenderahati yang mengandungi pelbagai juadah dan minuman tradisional telah diagihkan kepada penumpang di tren ETS P1976 dan stesen KL Sentral.

Loke berkata, pihaknya juga akan meneruskan insiatif itu pada 27 Februari ini di Stesen KTM Butterworth, Pulau Pinang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan