Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perlawanan malam tadi dihentikan selepas kira-kira 16 minit permainan apabila pengadil, Razlan Joffri Ali memutuskan untuk memberhentikan aksi kerana hujan lebat yang menyebabkan permukaan padang di Stadium Negeri, Kuching, berlecak. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Kuching City FC tawar kemasukan percuma kepada penyokong

ByMuqri Aziz

KUCHING, 25 Jan: Susulan perlawanan antara Kuching City FC (KCFC) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC malam tadi terpaksa dihentikan akibat hujan lebat, KCFC mengambil inisiatif menawarkan kemasukan percuma kepada penyokong yang hadir untuk menyaksikan perlawanan KCFC menentang Selangor FC pada 16 Mac depan.

Menurut kenyataan rasmi KCFC hari ini, keputusan itu dibuat kerana kesukaran mengenal pasti penonton yang hadir malam tadi bagi proses penggantian tiket.

Langkah itu diambil sebagai penghargaan kepada penyokong setia yang tetap memberikan sokongan meskipun perlawanan tidak dapat diteruskan.

“Oleh kerana kesukaran mengenal pasti semua penonton yang hadir malam tadi untuk proses penggantian tiket, kelab membuat keputusan untuk memberikan kemasukan percuma kepada semua penyokong pada perlawanan Kuching City FC menentang Selangor FC pada 16 Mac 2025 di Stadium Negeri, Kuching.

“Kami juga ingin memaklumkan bahawa tarikh baharu bagi perlawanan menentang Kedah Darul Aman FC akan diumumkan oleh pihak MFL dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Perlawanan malam tadi dihentikan selepas kira-kira 16 minit permainan apabila pengadil, Razlan Joffri Ali memutuskan untuk memberhentikan aksi kerana hujan lebat yang menyebabkan permukaan padang di Stadium Negeri, Kuching, becak.

Komisioner Perlawanan, Nizam Ahmad kemudiannya mengesahkan bahawa perlawanan perlu ditunda ke tarikh lain.

Kedua-dua pasukan bergelut untuk mempamerkan aksi berkualiti dan gagal menjaringkan gol, sebelum perlawanan dihentikan tanpa sebarang jaringan.

Skuad The Cats di bawah bimbingan Aidil Sharin Sahak, menzahirkan penghargaan kepada semua penyokong yang hadir memberikan sokongan padu dalam situasi cuaca yang tidak mengizinkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan