Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kilang kitar semula di Taman Ria Jaya, Sungai Petani musnah terbakar dalam kejadian awal pagi tadi. Foto JBPM Kedah

Kilang kitar semula di Sungai Petani terbakar

ByBernama

ALOR SETAR, 25 Jan: Sebuah kilang kitar semula di Taman Ria Jaya, Sungai Petani musnah terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba II Abdul Fataf Amdan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 2.35 pagi sebelum tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian.

Beliau berkata kira-kira 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya, BBP Sungai Petani, BBP Tikam Batu dan BBP Yan serta lapan jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran di kilang berkenaan.

“Kebakaran melibatkan sebuah kilang jenis binaan kekal. Anggaran awal kemusnahan kilang barang kitar semula itu adalah sebanyak 80 peratus dan proses pemadaman menggunakan empat aliran dan pancutan air dari tangki jentera.

“Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung kilang berkenaan berikutan premis itu pernah diserbu pihaknya dan sedang dalam proses pendakwaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan