KUCHING, 25 jan: Orang ramai berpeluang mendapatkan khidmat bantuan pendaftaran aplikasi SPay Global dan SarawakID di Dewan Serbaguna Kampung Matang Batu 10 yang dibuka hari ini dan esok, 26 Jan bagi melayakkan diri menerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)
ADUN Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata kaunter dibuka seawal jam 9 pagi hingga 5 petang bagi membolehkan penerima SKAS yang masih belum mendaftar mendapatkan bantuan pendaftaran bagi aplikasi digital tersebut.
“Inisiatif ini adalah bagi memudahkan penduduk di Kuching khususnya dalam kawasan N6 Tupong untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan dekat untuk dikunjungi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak itu turut memberitahu program seumpama bakal diadakan dalam beberapa siri selepas ini.
“Kaunter seterusnya akan dibuka di di Bilik Gerakan PBB N6 Tupong, Bangunan 2 Cinta, Taman Sri Wangi pada 27 hingga 31 Januari ini,” ujarnya.
SKAS bagi kategori isi rumah berjumlah RM800, RM400 bagi warga emas manakala RM250 bagi kategori bujang.