Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail TVS

Jumlah mangsa banjir di PPS Sarawak kekal 123 orang

KUCHING, 25 Jan: Jumlah mangsa banjir di Sarawak kekal 123 orang daripada 34 keluarga pagi ini, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di bahagian-bahagian Betong dan Bintulu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan setakat 8 pagi ini, PPS Dewan Rumah Dayak di daerah Saratok, Bahagian Betong masih menempatkan 90 mangsa daripada 21 keluarga yang terjejas akibat banjir di Rumah Tembawai Kapok, Awik.

Sementara itu, 33 mangsa daripada 13 keluarga dari kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput juga masih berlindung di PPS Rumah Steven di daerah Tatau, Bahagian Bintulu.

Pemantauan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menunjukkan paras air meningkat di 18 lokasi di daerah Selangau, Matu dan Sebauh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan