Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan Perdana Menteri India Narendra Modi di New Delhi. Foto AFP

India-Indonesia tandatangani perjanjian kukuh hubungan perdagangan dan keselamatan

ByBernama

NEW DELHI, 25 Jan: India dan Indonesia pada Sabtu menandatangani beberapa perjanjian, termasuk satu untuk meningkatkan kerjasama keselamatan maritim, bagi mengembangkan hubungan mereka.

Memorandum persefahaman (MOU) antara Pengawal Pantai India dan agensi keselamatan maritim Indonesia, Bakamla, merupakan antara MOU yang ditandatangani selepas perbincangan antara Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan Perdana Menteri India Narendra Modi di New Delhi.

“Perjanjian yang ditandatangani hari ini dalam bidang keselamatan dan keselamatan maritim akan memperkukuh lagi kerjasama kami dalam pencegahan jenayah, misi mencari dan menyelamat serta pembinaan kapasiti,” kata Modi.

MOU lain juga ditandatangani untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang kesihatan, perubatan tradisional, budaya dan teknologi digital.

Modi berkata kedua-dua negara membincangkan cara untuk mempelbagaikan akses pasaran dan memperluas kumpulan perdagangan bagi meningkatkan perdagangan dua hala yang mencecah US$30 bilion pada tahun lepas.

India dan Indonesia telah membincangkan kerjasama dalam pembuatan pertahanan dan rantaian bekalan untuk memperkukuh hubungan sektor pertahanan mereka, katanya.

Modi menggambarkan Indonesia sebagai rakan kongsi penting di rantau Indo-Pasifik dan ASEAN, sambil menyatakan kedua-dua negara komited untuk mengekalkan tatanan berasaskan peraturan di kawasan geografi ini.

Tahun 2025 akan disambut sebagai Tahun Pelancongan India-ASEAN, kata pemimpin India itu.

Prabowo menggambarkan perbincangan antara delegasi India dan Indonesia sebagai “sangat intensif dan jujur”, yang merangkumi bidang-bidang utama yang menjadi kepentingan bersama.

Presiden Indonesia itu berkata beliau mahu mempercepatkan kerjasama ekonomi dengan India.

Indonesia berhasrat untuk menarik hospital India dan mencari peluang latihan bagi doktor dan kakitangan perubatan mereka, kata Jaideep Mazumdar, Setiausaha Kanan Kementerian Hal Ehwal Luar India, dalam satu taklimat media.

Pada pagi itu, Prabowo diberi sambutan rasmi di istana presiden yang dikenali sebagai Rashtrapati Bhavan.

Beliau tiba di India, ditemani oleh enam menteri kabinet dan pegawai kanan, pada malam Khamis untuk lawatan empat hari dan akan menjadi tetamu utama pada acara perarakan Hari Republik India ke-76 pada pagi Ahad. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan