Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum membuat sebarang keputusan mengenai penyertaan Harimau Malaya pada Kejohanan Piala Negara Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) 2025. Foto FAM (FB)

FAM tunggu kelulusan kerajaan bagi empat pemain warisan baharu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang menunggu lampu hijau daripada Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan kerakyatan bagi empat pemain warisan baharu Harimau Malaya.

FAM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya juga dalam proses melengkapkan dokumentasi bagi empat pemain lain.

“FAM berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan dalam usaha meningkatkan mutu pasukan Harimau Malaya,” kata kenyataan berkenaan.

Terdahulu, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan bahawa enam hingga tujuh pemain warisan telah dikenal pasti untuk mewakili Malaysia.

Justeru, Tunku Mahkota Ismail berharap kerajaan dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar pemain berkenaan dapat bermain untuk skuad Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai Mac ini.

Skuad kebangsaan di bawah kendalian ketua jurulatih baharu Peter Cklamovski akan memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dengan aksi pertama Kumpulan F menentang Nepal pada 25 Mac 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan