Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kehadiran panda Bao Li dan Qing Bao dijangka berfungsi sebagai alat kuasa lembut untuk China, memperlihatkan komitmennya terhadap kerjasama antarabangsa dan pemuliharaan hidupan liar. Foto AFP

Dua panda baharu dari China tampil di Zoo Negara Washington

ByBernama

WASHINGTON, 25 Jan: Dua ekor panda dari China membuat penampilan sulung kepada umum di Zoo Negara Washington, DC pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

“Penantian SUDAH BERAKHIR: panda gergasi secara rasmi membuat penampilan sulung mereka di Zoo Negara dan Institut Pemuliharaan Biologi Smithsonian di Washington, D.C.!” kata pihak muzium itu.

Panda yang dinamakan Bao Li dan Qing Bao itu tiba di ibu negara Amerika Syarikat pada Oktober lepas tetapi perlu menjalani kuarantin sejak ketibaan mereka.

Kedua-duanya akan berada di Amerika Syarikat selama 10 tahun sebagai sebahagian daripada Perjanjian Penyelidikan Bersama yang ditandatangani pada April lepas.

Perjanjian itu meneruskan kerjasama selama beberapa dekad antara kedua-dua negara dalam pemuliharaan panda.

“Diplomasi panda,” amalan yang bermula sejak 1941, melibatkan China menghantar panda ke negara lain sebagai simbol muhibah dan kerjasama dalam pemuliharaan.

Kehadiran panda Bao Li dan Qing Bao dijangka berfungsi sebagai alat kuasa lembut untuk China, memperlihatkan komitmennya terhadap kerjasama antarabangsa dan pemuliharaan hidupan liar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan