Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PPS Dewan Rumah Dayak di daerah Saratok, Bahagian Betong, yang sebelum ini menempatkan mangsa dari Rumah Tembawai Kapok, Awik, telah ditutup pada pukul 3 petang tadi. Foto media sosial

Banjir Sarawak: PPS Saratok ditutup, mangsa tinggal 33 orang

KUCHING, 25 Jan: Jumlah mangsa banjir di Sarawak kini menurun kepada 33 orang daripada 13 keluarga berbanding 123 orang daripada 34 keluarga sebelum ini dengan hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di Bahagian Bintulu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam laporan terkininya memaklumkan PPS Dewan Rumah Dayak di daerah Saratok, Bahagian Betong, yang sebelum ini menempatkan mangsa dari Rumah Tembawai Kapok, Awik, telah ditutup pada pukul 3 petang tadi.

PPS tersebut telah dibuka sejak Ahad lalu bagi menempatkan 90 mangsa daripada 21 keluarga yang terjejas akibat banjir yang melanda rumah panjang berkenaan.

Namun, PPS Rumah Steven di daerah Tatau, Bintulu, masih aktif dan menempatkan 33 mangsa daripada 13 keluarga dari kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput sejak Khamis lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan