Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti PBB Zon Betong, di Dewan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan. Foto TVS

Anugerah Felow Kehormat MIP, pengiktirafan untuk PBB

BETONG, 25 Jan: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan Anugerah Felow Kehormat Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) yang diterima malam tadi bukan hanya pengiktirafan peribadi tetapi merupakan penghargaan kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam merancang dan membangunkan Sarawak.

Beliau yang juga Presiden Parti PBB berkata, ia juga merupakan pengiktirafan kepada Sarawak atas usaha berterusan dalam merancang dan menguruskan masa depan wilayah ini dengan visi jelas.

“Malam tadi saya menghadiri Majlis Anugerah kecemerlangan Perancangan MIP 2024 dan dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya telah dianugerahkan Felow Kehormat Malaysian Institute of Planning (MIP). Jadi ini bukan anugerah kepada saya sebagai individu tetapi adalah pengiktirafan oleh profesional perancangan Malaysia kepada pembangunan di Sarawak dari sudut perancangan bandar, ekonomi dan tenaga boleh diperbaharui serta rancangan kita dalam dasar Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Ini pengiktirafan kepada PBB kerana saya adalah Ketua PBB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pada Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti PBB Zon Betong, di Dewan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Pengerusi Tetap PBB, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Setiausaha Agung PBB, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta Naib Presiden PBB, Dato Sri Julaihi Narawi dan Datuk Gerald Rentap Jabu.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyampaikan menyampaikan Anugerah Felow Kehormat MIP kepada Abang Johari.

Anwar dalam ucapannya menyifatkan pemilihan Abang Johari adalah tepat kerana beliau menampilkan kepimpinan yang cemerlang dan wajar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan