Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menyasarkan 200 keluarga fakir, miskin dan asnaf di sekitar Lembah Klang untuk menerima bantuan perbelanjaan berbuka dan bersahur menerusi Program Sinar Kasih Ramadan (SKR) tahun ini. Foto YBK (FB)

YBK sasar bantu 200 keluarga fakir, miskin sambut ramadan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menyasarkan 200 keluarga fakir, miskin dan asnaf di sekitar Lembah Klang untuk menerima bantuan perbelanjaan berbuka dan bersahur menerusi Program Sinar Kasih Ramadan (SKR) tahun ini.

YBK dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerusi program itu, wang tunai sehingga RM600 akan diberikan kepada penerima serta sumbangan barangan makanan daripada rakan-rakan strategik yang akan diserahkan seminggu sebelum Ramadan.

“Objektif utama program SKR adalah untuk meringankan beban keluarga fakir, miskin dan asnaf terpilih sepanjang bulan Ramadan, terutama dalam perbelanjaan berbuka dan bersahur.

“Sejak dimulakan pada tahun 2008, sebanyak 3,809 keluarga telah mendapat manfaat daripada program ini. YBK menilai beberapa kriteria, termasuk Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan keadaan sosioekonomi keluarga,” menurut kenyataan itu.

YBK memaklumkan maklumat mengenai keluarga fakir, miskin dan asnaf terpilih diperoleh daripada pelbagai sumber, seperti pihak sekolah, ketua komuniti dan sukarelawan YBK.

“YBK turut mengalu-alukan sumbangan daripada individu, organisasi, dan badan korporat untuk menaja keluarga ini bersama-sama dengan menyalurkan sumbangan ke MBSB Bank Berhad (Yayasan Basmi Kemiskinan) nombor akaun 1005 0540 0000 3480,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan