Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Anugerah Felo Kehormat MIP kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Perancangan MIP 2024 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. Foto Amirrudin (TVS)

Premier Sarawak terima Anugerah Felo Kehormat MIP, PM sifatkan pemilihan tepat

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Jumaat diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Felo Kehormat Malaysian Institute of Planning (MIP).

Anugerah itu diterima beliau pada Majlis Anugerah kecemerlangan Perancangan MIP 2024 yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara malam ini.

Abang Johari menerima anugerah itu yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dalam ucapannya menyifatkan, pemilihan Abang Johari adalah tepat kerana beliau telah menampilkan kepimpinan yang cemerlang dan wajar.

“Abang Johari merupakan antara tokoh yang telah membuktikan sekiranya politik di negeri itu stabil dengan pimpinan menumpukan kepada pembangunan negeri, dan meneroka idea dan dasar baharu.

“Beliau mencari jalan mengenai tenaga baharu, sering berbicara bagaimana untuk mencari peluang menembus lautan untuk mendapatkan pulangan baharu.

“Saya ingin menyatakan pemilihan Abang Johari tepat kerana dia menunjukkan contoh bagaimana untuk merancang negeri dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Perancangan MIP 2024 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Sementara itu, Menurut MIP, pemilihan Abang Johari dibuat atas kecemerlangan kepimpinan beliau antaranya menerusi inisiatif pembangunan bandar, tenaga dan kelestarian alam sekitar, membawa Sarawak bergelar negeri berpendapatan tinggi pada 2022, memacu tranformasi negeri melalui inisiatif global dan menjadikan Sarawak sebagai peneraju ekonomi hijau dalam mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2030.

Dalam majlis sama, Sarawak Electronic State Planning Authority System turut diberi penghargaan dengan menerima Anugerah Presiden MIP untuk keunggulan dalam mentransformasi tadbir urus perancangan melalui inovasi digital.

Hadir menerima anugerah itu ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Menteri Perancang Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan