Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto fail TVS

Sarawak perkukuh kedudukan sebagai pusat sukan antarabangsa

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 24 Jan: Sarawak komited memperkukuh kedudukannya sebagai pusat sukan antarabangsa dengan penganjuran pelbagai acara sukan bertaraf dunia.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata inisiatif sedemikian bukan sahaja menghimpunkan lebih ramai atlet dan pemain industri di sini sekali gus mendekatkan wilayah ini dengan komuniti sukan global.

“Dengan penganjuran acara sukan antarabangsa seperti ini, ia berpotensi untuk menarik lebih ramai pengunjung dan pada masa yang sama merapatkan hubungan antara komuniti sukan yang lebih luas Kami ingin memastikan sukan ini terus berkembang.

“Saya telah mengikuti perkembangan terkini dan amat berbangga dengan pencapaian atlet-atlet, termasuk pemain boling tenpin dari Sarawak, yang telah mencipta nama, bukan hanya di Sarawak, tetapi juga di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Hal ini membuktikan bahawa kita mampu melahirkan atlet yang cemerlang meskipun dengan populasi lebih kurang dua juta, berbanding dengan negeri-negeri lain,” katanya kepada pemberita pada sidang media Sarawak Hornbill Team Cup 2025 di sini, hari ini.

Menurutnya, meskipun dengan sekitar dua juta jumlah penduduk namun dengan pengurusan yang baik serta kemudahan sukan yang cemerlang, Sarawak berjaya melahirkan atlet bertaraf antarabangsa yang mampu bersaing di pentas global.

Abdul Karim optimis hasrat Sarawak untuk melahirkan lebih ramai atlet selepas ini akan tercapai dengan usaha penganjuran lebih banyak kejohanan sama ada domestik, negeri, kebangsaan, serantau, atau antarabangsa.

“Kita (Sarawak) juga mempunyai kemudahan yang sangat baik di Megalane Batu Kawa yang juga diiktiraf sebagai salah satu pusat latihan terbaik di Asia Tenggara. Dengan kejohanan Sarawak Hong Kong Team Cup 2025 yang akan datang, ia menekankan potensi Sarawak untuk menganjurkan kejohanan antarabangsa yang lebih besar, seperti Kejohanan Dunia IPF World Youth Tenpin tahun hadapan,” katanya lagi.

Tambahnya kemudahan seperti program dan pembangunan sukan di wilayah ini akan menjadikan ia sebagai pusat hab sukan boling tenpin di rantau ini.

Selain itu katanyaa, integrasi pemain liga juga menyerlahkan sifat inklusiviti kejohanan ini, yang memberikan peluang kepada atlet muda Sarawak untuk bersaing bersama atlet-atlet elit.

Sementara itu, Abdul Karim mengumumkan bahawa Sarawak Hornbill Team Cup 2025 akan diadakan pada 11 hingga 16 Februari 2025 di Megalanes Sarawak, Jalan Batu Kawa, Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan