Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ribut Eowyn cetus gangguan perjalanan di UK, Ireland

ByBernama

LONDON, 24 Jan: Gangguan perjalanan yang teruk dialami United Kingdom (UK) dan Ireland, dengan penerbangan dan perkhidmatan kereta api dibatalkan dan sekolah ditutup ketika Ribut Eowyn yang kuat melanda kawasan itu.

Jutaan penduduk dinasihatkan untuk tinggal di rumah dan menangguhkan perjalanan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Agensi cuaca UK mengeluarkan amaran tahap merah yang jarang berlaku untuk angin, memberi amaran tentang “bahaya kepada nyawa” di Ireland Utara dan sebahagian Scotland.

Ireland Utara dan Scotland mengalami keadaan terburuk, dengan angin kencang sehingga 161 km/j (100 mph) diramalkan di beberapa kawasan pantai. Sesi persekolahan terjejas teruk, termasuk penutupan penuh di Glasgow dan Edinburgh.

Perjalanan udara turut terjejas teruk, dengan lebih 30 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Heathrow London dan 28 di Lapangan Terbang Edinburgh. Sebanyak 18 pembatalan melibatkan Lapangan Terbang Glasgow manakala Lapangan Terbang George Best Belfast City membatalkan 14 penerbangan.

Pengendali kereta api – National Rail mengeluarkan amaran kepada penumpang tentang gangguan yang teruk, menasihatkan agar tidak melakukan perjalanan merentasi Scotland dan sebahagian besar utara England pada Jumaat.

Ireland juga menghadapi antara ribut paling dahsyat dalam sejarah. Jabatan Meteorologi Ireland mengeluarkan amaran angin tahap merah untuk seluruh negara.

Pada 5 pagi waktu tempatan (GMT), angin sekencang 183 km/j direkodkan di Mace Head, Galway — yang paling kencang pernah dicatatkan di Ireland.

Pada masa ini, kira-kira 560,000 kediaman dan premis perniagaan terputus bekalan elektrik di seluruh negara. Gangguan perjalanan berterusan dengan lebih daripada 30 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Dublin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan