Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni ditemui media selepas Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) dan War on Sugar Peringkat Sarawak di Topspot Food Court, Kuching, hari ini. Foto Surfri Affendi (TVS)

Projek Hospital Petra Jaya capai 82 peratus siap, dijangka beroperasi awal 2026

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 24 Jan: Projek pembinaan Hospital Petra Jaya kini berada pada tahap memberangsangkan dengan kemajuan sebanyak 82 peratus siap, kata Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Timbalan Menteri Kesihatan itu berkata, hospital tersebut dijadualkan siap sepenuhnya pada Ogos tahun ini, namun ia dijangka akan mula beroperasi pada suku pertama tahun depan.

“Sekiranya semua perkara seperti keadaan cuaca dan juga (proses penghantaran) bahan-bahan untuk pembinaan berjalan dengan lancar, kita menjangkakan sekitar bulan Ogos hospital itu akan siap sepenuhnya.

“Tetapi ia tidak akan mula beroperasi sebaik sahaja siap, ia akan memerlukan sedikit proses dan dijangkakan pada suku pertama tahun 2026, kita dapat mengoperasikan Hospital Petra Jaya yang dinanti-nantikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) dan War on Sugar Peringkat Sarawak di Topspot Food Court, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, mengumumkan kementeriannya tidak akan membenarkan sebarang penangguhan tempoh siap projek dan berharap kontraktor dapat mengekalkan sasaran siap pada masa yang ditetapkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan