Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program makanan percuma Indonesia telah menjangkau 650,000 kanak-kanak sekolah di 31 wilayah, menurut Presiden Prabowo Subianto. Foto hiasan Envato

Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini

ByBernama

JAKARTA, 24 Jan: Program makanan percuma Indonesia telah menjangkau 650,000 kanak-kanak sekolah di 31 wilayah, menurut Presiden Prabowo Subianto, lapor Xinhua.

“Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak. Pada bulan September, kami berharap dapat menampung 15 juta kanak-kanak dan menjelang akhir 2025, matlamat kami adalah untuk semua kanak-kanak Indonesia menerima makanan berkhasiat,” kata Prabowo semasa sesi kabinet pleno di Pejabat Presiden pada Rabu.

“Ini adalah isu strategik. Kami mengukuhkan masa depan Indonesia. Kanak-kanak Indonesia mestilah kuat, bijak, bersemangat dan mampu bersekolah dengan berkesan. Saya percaya dalam masa terdekat, kita akan melihat peningkatan prestasi akademik anak-anak kita,” tambahnya.

Program yang bermula pada 6 Jan itu dijangka meluaskan skopnya untuk melibatkan bukan sahaja pelajar tetapi juga wanita hamil, ibu menyusu dan kanak-kanak di bawah umur lima tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan