Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di New Delhi pada Khamis malam untuk lawatan selama empat hari dan beliau dijadualkan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri India Narendra Modi serta menghadiri perarakan Hari Republik India ke-76 pada 26 Januari sebagai tetamu utama. Foto AFP

Prabowo lawat India, hadiri perbarisan Hari Republik

ByBernama

NEW DELHI, 24 Jan: Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di New Delhi pada Khamis malam untuk lawatan selama empat hari dan beliau dijadualkan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri India Narendra Modi serta menghadiri perarakan Hari Republik India ke-76 pada 26 Januari sebagai tetamu utama.

Ketibaan Prabowo di lapangan terbang disambut oleh Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar India, Pabitra Margherita.

Dalam kenyataan sebelum berlepas, Presiden Indonesia itu berkata perbincangan di India akan merangkumi kerjasama dalam bidang keselamatan, maritim, dan pembangunan teknologi digital.

India dan Indonesia dijangka mengumumkan beberapa perjanjian pada Sabtu ini.

Kontinjen terdiri daripada seramai 352 anggota tentera Indonesia akan turut mengambil bahagian dalam perbarisan Hari Republik pada Ahad, satu acara tahunan yang mempamerkan pelbagai aset ketenteraan seperti kereta kebal, peluru berpandu dan kereta berhias dari pelbagai negeri di India. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan