Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ismawi Ismuni ketika mengadakan lawatan sempena persiapan Program Bakti MADANI Miri 2025 di Stadium Tertutup di sini, hari ini. Foto: TVS

Platform utama kukuh hubungan kerajaan, rakyat

ByVanessa Enjop

MIRI, 24 Jan: Program Bakti MADANI Miri 2025 yang bakal berlangsung dari 7 hingga 9 Februari ini dijangka menjadi platform utama untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dengan rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Datuk Ismawi Ismuni berkata, ia bukan sekadar sebuah acara tetapi satu inisiatif mengukuhkan hubungan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak dan rakyat.

“Program ini bukan hanya sekadar satu acara tetapi satu inisiatif untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dan masyarakat melalui aktiviti yang inklusif dan informatif.

“Kami komited untuk memastikan program ini memberi impak yang positif kepada semua lapisan masyarakat,” katanya ketika ditemui media semasa melawat Stadium Tertutup Miri.

Menurutnya, usaha tersebut mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan semua golongan masyarakat termasuk mereka di kawasan pedalaman mendapat manfaat.

“Program satelit ini adalah bukti kesungguhan kerajaan untuk memastikan perkhidmatan dan peluang sampai ke semua kawasan tanpa mengira lokasi geografi,” ujarnya.

Program tersebut akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran perkhidmatan kerajaan, pameran kerjaya, jualan rahmah dan karnival usahawan.

Antara tarikan utama ialah sesi ceramah pendek yang membincangkan isu semasa seperti kesihatan, pendidikan dan langkah menangani penipuan dalam talian.

Di samping itu, pengunjung juga boleh menikmati konsert rakyat yang menampilkan artis popular seperti Baby Shima, Ricky Andrewson dan Alleycats serta aktiviti keluarga seperti pertandingan mewarna, sesi zumba dan Battle of the Bands.

Program tersebut turut diperluaskan ke kawasan luar bandar melalui Program Satelit di Niah yang akan diadakan pada 8 Februari di Stadium Terbuka Sepupok.

Penduduk luar bandar dijemput untuk menyertai pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, pemeriksaan kesihatan percuma, dan mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg dijangka merasmikan program tersebut pada 8 Februari.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan