Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat kepada 100 orang pagi ini berbanding 90 orang pada malam tadi. Foto fail TVS

Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 100 orang

KUCHING, 24 Jan: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat kepada 100 orang pagi ini berbanding 90 orang pada malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan setakat 8 pagi ini, terdapat dua PPS yang aktif di negeri itu, iaitu di kawasan Saratok dan Tatau.

PPS Dewan Rumah Dayak di Saratok yang dibuka pada 19 Jan lepas menjadi tempat berlindung kepada 90 mangsa daripada 21 keluarga manakala PPS Rumah Steven di Tatau yang mula beroperasi semalam menempatkan 10 mangsa daripada 10 keluarga.

JPBN Sarawak turut memaklumkan sebanyak 26 lokasi di seluruh negeri yang berisiko mengalami banjir turut dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan