Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aksi cemerlang pemain Kuala Lumpur City FC Patrick Alcala Reichelt ketika mengawal bola di tengah padang semasa menentang pasukan Cong An Ha Noi FC dalam perlawanan Kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur semalam. Foto Bernama

Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Harapan Kuala Lumpur (KL) City FC untuk mara ke pusingan separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) kian malap apabila tewas 3-2 kepada Cong An Ha Noi FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di sini malam tadi.

Skuad kelab Vietnam bimbingan Mano Polking bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.

Turun dengan misi wajib menang, KL City menyamakan kedudukan pada minit ke-24 menerusi Adrijan Rudovic yang berjaya menanduk masuk sepakan penjuru Paulo Josue.

Jaringan itu nyata menyuntik semangat pasukan tuan rumah apabila sekali lagi merobek gawang selepas Josue bijak menanduk masuk hantaran lintang Jovan Motika pada minit ke-32 untuk mendahului separuh masa pertama 2-1.

Memasuki babak kedua,Cong An Ha Noi dilihat mengubah corak permainan dengan mengamalkan taktik lebih menyerang apabila kerap melakukan percubaan bahaya ke arah gol lawan.

Gol yang ditunggu-tunggu Cong An Ha Noi akhirnya hadir pada minit ke-68 menerusi Bui Hoang Viet Anh yang memanduk masuk sepakan penjuru Quang Hai.

Permainan dilihat semakin rancak apabila kedua-dua pasukan saling menyerang ke arah kubu lawan masing-masing.

Bagaimanapun KL City dilanda malang apabila terpaksa bermain dengan sembilan pemain selepas totonggak pertahan Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri dilayangkan kad merah pada minit ke-76 kerana mengasari Nguyen Dinh Bac.

Selepas itu, berbaki dua minit perlawanan, giliran Josue pula dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain lawan dan kesempatan itu dimanfaatkan oleh pelawat apabila Le Van Do meledak gol kemenangan Cong An Ha Noi pada masa kecederaan.

Keputusan itu menyaksikanCong An Ha Noi mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan menghuni tangga teratas kumpulan B dengan 12 mata manakala KL City mengumpul enam mata di tempat keempat.

KL City akan melengkapkan aksi terakhir kumpulan dengan menentang kelab Thailand, Buriram United di tangga kedua di gelanggang lawan pada 6 Feb ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan