Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bintang muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar terpaksa akur tewas kepada jaguh Colombia, Johan Estupinan, di Impact Arena di Bangkok, Thailand malam ini. Foto media sosial

Jojo Ghazali tewas menerusi keputusan pengadil

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 24 Jan: Bintang muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar terpaksa akur tewas kepada jaguh Colombia, Johan Estupinan, di Impact Arena di Bangkok, Thailand malam ini.

Jaguh berusia 18 tahun itu gagal meleburkan rekod tanpa kalah petarungnya menerusi keputusan sebulat suara selepas tamat tiga pusingan dalam pertarungan kategori flyweight ONE 170, sebentar tadi.

Meskipun begitu dalam pusingan pertama Jojo dan Estupinan beraksi penuh berhati-hati sekali gus Jojo turut berjaya menjatuhkan pesaingnya dengan tumbukan di muka.

Tampil agresif pada pusingan kedua, Estupinan berjaya menundukkan Jojo dengan tumbukan di muka juga.

Seterusnya tumbukan Estupinan yang terkenal dengan julukan ‘Panda Kick’ sekali lagi singgah lantas mencederakan kening Jojo pada pusiangan ketiga.

Kejayaan Estupinan tercipta sejurus loceng terakhir dibunyikan dengan cacatan rekod tanpa kalahnya dalam ONE Championship kepada 5-0.

Jojo pula berdepan kekalahan kedua dalam lapan pertarungan selepas tewas berdepan atlet Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat pada Jun tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan