Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Presiden Iran bagi hal ehwal strategik Mohammad Javad Zarif semasa beliau berucap pada mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos pada 22 Januari 2025. Foto AFP

Iran berharap perjanjian nuklear baharu di bawah Trump 2.0

ByBernama

ISTANBUL, 24 Jan: Iran menyuarakan harapan pada Rabu untuk mencapai perjanjian nuklear baharu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Perkara itu disampaikan oleh Naib Presiden Iran bagi Hal Ehwal Strategik Javad Zarif, semasa Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, lapor Agensi Anadolu (AA).

Ketika ditanya sama ada Iran percaya AS mungkin bersetuju dengan perjanjian baharu, Zarif berkata, “Saya berharap kali ini, ‘Trump 2’ akan lebih serius, lebih fokus, lebih realistik.”

Pada 2018, Trump secara unilateral menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 dengan Iran semasa penggal pertama pentadbirannya dan mengenakan semula sekatan ke atas Tehran.

Forum Davos berfungsi sebagai platform untuk mengukuhkan hubungan diplomatik dan perniagaan dalam kalangan pemimpin global.

Edisi tahun ini dihadiri oleh lebih 3,000 peserta dari 130 negara, termasuk 60 ketua negara dan kerajaan.

Susulan kritikan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berhubung aktiviti nuklearnya, Iran pada 29 Nov mengumumkan rancangan untuk mengendalikan ribuan emparan baharu bagi memperkayakan uranium.

Ketika ini, Iran memperkayakan uranium sehingga tahap ketulenan 60 peratus — jauh lebih rendah daripada 90 peratus yang diperlukan untuk senjata nuklear,  tetapi jauh melebihi had yang ditetapkan dalam perjanjian nuklear asal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan