Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ismawi Ismuni ketika ditemui media selepas lawatannya sempena persiapan Program Bakti MADANI Miri 2025 di Stadium Tertutup, hari ini. Foto TVS

Bangunkan usahawan melalui pelbagai program fokus ekonomi setempat

ByVanessa Enjop

MIRI, 24 Jan: Kerajaan Sarawak terus meningkatkan usaha dalam membangunkan keusahawanan rakyat melalui pelbagai program yang memberi fokus kepada peningkatan ekonomi setempat.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) Datuk Ismawi Ismuni berkata, elemen utama dalam Program Bakti MADANI MIRI 2025 adalah pameran besar-besaran yang akan disertai pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak, syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan, bank dan pelabur.

“Pameran ini bertujuan memaklumkan pencapaian Kerajaan Persekutuan di bawah inisiatif Madani serta usaha Kerajaan Sarawak di bawah Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030.

“Ini adalah peluang yang sangat baik untuk memperkenalkan pencapaian dan usaha kerajaan dalam merangsang ekonomi negeri serta meningkatkan kesedaran tentang peluang yang ada untuk usahawan terutamanya yang baru memulakan perniagaan,” kata ketika ditemui media di sini, hari ini.

Menurutnya, antara tarikan utama dalam program tersebut adalah karnival usahawan yang memberi peluang kepada usahawan kecil dan sederhana untuk mempamerkan serta menjual produk mereka.

“Sebanyak 72 gerai disediakan untuk memudahkan usahawan memperkenalkan produk mereka kepada khalayak yang lebih luas. Selain itu, jualan rahmah turut menjadi sebahagian daripada tarikan program yang menawarkan harga  lebih berpatutan kepada masyarakat.

“Dengan menyediakan platform seperti ini, kami berharap dapat membuka lebih banyak peluang perniagaan bagi usahawan tempatan sekali gus meningkatkan daya saing dan memberi manfaat kepada ekonomi masyarakat,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan