Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni pada Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) dan War on Sugar Peringkat Sarawak di Topspot Food Court, Kuching, hari ini. Foto TVS

45 penguat kuasa KKM di Sarawak dilengkapi dengan kamera badan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 24 Jan: Seramai 45 pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) di Sarawak kini dilengkapkan dengan kamera badan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Mereka antara dalam kalangan 357 orang pegawai-pegawai KKM yang terdapat di seluruh negara dan Lukanisman memberitahu pihaknya masih memerlukan kamera badan untuk tujuan semasa penguatkuasaan dijalankan.

“Walaupun kita mempunyai hampir 6,000 penguat kuasa di seluruh Malaysia tetapi bilangan tersebut masih tidak mencukupi sebenarnya untuk mengadakan penguatkuasaan yang lebih komprehensif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) dan War on Sugar Peringkat Sarawak di Topspot Food Court, di sini, hari ini.

Menurut Lukanisman, penambahan kamera badan yang lebih banyak dilihat sebagai langkah yang baik dalam memastikan keselamatan pegawai terjamin dan penguatkuasaan dapat dipertingkatkan dengan lebih berkesan.

“Apabila kita buat satu teguran, perkara-perkara tersebut akan sentiasa direkodkan menjadi satu langkah keselamatan yang mana kadang-kadang pegawai-pegawai kita di lapangan, ada yang dimaki hamun dan juga diserang oleh orang ramai.

“Masyarakat (yang ditegur) juga menggunakan kamera telefon seolah-olah sebagai langkah untuk melindungi hak masing-masing, jadi ini adalah demi tujuan keselamatan dan memastikan penguatkuasaan yang lebih berkesan dalam menjaga integriti,” ujarnya.

Lukanisman menambah, kamera badan itu juga bertujuan bagi nemastikan tiada pegawai terlibat dalam salah laku rasuah seperti menerima sesuatu tawaran yang dilakukan oleh pesalah semasa kompaun dikeluarkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan