Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga asing yang terlibat dalam kebakaran di sebuah kilang penyimpanan gas di Klang dekat sini lewat malam Isnin, meninggal dunia pada 6.32 petang Selasa. Foto hiasan Envato

Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia

ByBernama

SHAH ALAM, 23 Jan: Seorang lelaki warga asing yang terlibat dalam kebakaran di sebuah kilang penyimpanan gas di Klang dekat sini lewat malam Isnin, meninggal dunia pada 6.32 petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Utara S.Vijaya Rao berkata mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Beliau berkata tiga lelaki termasuk mangsa mengalami kecederaan akibat kejadian itu manakala tiga yang lain selamat.

Vijaya Rao berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada tong gas petroleum cecair (LPG) yang disimpan di pekarangan premis tersebut.

“Kerugian dianggarkan sekitar RM5 juta dengan siasatan lanjut sedang dijalankan pihak forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya.

Semalam, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar dilaporkan berkata sebuah kilang penyimpanan gas musnah dalam kebakaran yang turut merebak ke dua bangunan lain di taman perindustrian di Klang lewat malam Isnin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan