Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berhasrat memperkukuh kerjasama penyelidikan dengan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) bagi memajukan industri buluh di wilayah ini.

UNIMAS, PUSAKA perkukuh penyelidikan industri buluh Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 23 Jan: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berhasrat memperkukuh kerjasama penyelidikan dengan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) bagi memajukan industri buluh di wilayah ini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Prof Dr Siti Noor Linda Taib berkata, UNIMAS melihat potensi besar industri buluh untuk memberi impak positif kepada ekonomi negeri dan berhasrat membantu PUSAKA memperluaskan sektor tersebut.

“Kami telah melihat potensi besar dalam industri buluh dan ingin terus membantu PUSAKA mengembangkan sektor inisehingga mampu memberi impak positif kepada ekonominegeri Sarawak.

“Lawatan ini membolehkan kami mengenal pasti ruangkerjasama yang lebih luas dan boleh diterokai bersama PUSAKA,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu Penolong Pengurus Besar Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi PUSAKA, Johari Zainudin menyatakan keyakinannya terhadap kolaborasi tersebut sambil menekankan pentingnya adaptasi teknologi dan inovasi untuk meningkatkan kualiti serta nilai tambah produk buluh Sarawak.

“PUSAKA percaya bahawa kolaborasi strategik dengan institusi pengajian tinggi seperti UNIMAS akan memberi lebih keyakinan kepada pemegang taruh agar terus bersama PUSAKA dalam mengadaptasi potensi teknologi dan inovasi baharu dalam industri buluh demi kepentingan industri perkayuan secara keseluruhan.

“Usaha ini bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran buluh ke arah penghasilan produk bernilai tambah tinggi, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak,” katanya dalam kenyataan sama.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan