Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Retail Unifi Sarawak Marianna Wong, Ketua Jabatan Kandungan Kreatif TVS Jamal Abdullah dan Pengurus Besar TM Sarawak Jafri Sadiq pada Hari Terbuka dan Pelancaran Unifi Store Batu Lintang di Kuching, hari ini. Foto Janice Edmund Stanley (TVS)

Unifi Store Batu Lintang tawar konsep baharu kepada pengguna

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 23 Jan: Unifi Store Cawangan Batu Lintang kini menawarkan konsep baharu kepada pengguna.

Pengurus Besar Telekom Malaysia (TM) Sarawak, Jafer Sadiq, berkata TM Point Batu Lintang kini telah dinaik taraf dan dijenamakan semula sebagai Unifi Store Batu Lintang, menjadikannya kedai konsep pertama seumpamanya di Sarawak.

“Seiring dengan pelancaran semula, kedai TM Point kini dijenamakan sebagai Unifi Store, menampilkan konsep baharu dan menjadi yang pertama seumpamanya di Sarawak.

“Apa yang kami paparkan di sini adalah rupa baharu, konsep moden, dan tempat yang membolehkan pelanggan kami di kedai Batu Lintang mendapatkan penyelesaian, solusi digital, serta memenuhi keperluan gaya hidup perniagaan mereka,” katanya ketika ditemui TVS selepas Hari Terbuka Unifi Batu Lintang di sini, hari ini.

Ibrahim Hamid dengan salah satu unit telefon pintar Samsung A16 Free 5G. Foto Izzah Kamilah (TVS)

Beliau turut menjelaskan bahawa selain membolehkan pengguna mendapatkan penyelesaian, Unifi Store juga menyediakan kemudahan bimbingan melalui perkhidmatan para perunding.

“Walaupun pelanggan masih boleh menggunakan kemudahan pembayaran tradisional yang tersedia 24 jam di lokasi, peralihan ini memberi mereka lebih banyak kebebasan untuk meneroka penyelesaian digital dan perniagaan yang diperlukan tanpa terikat dengan prosedur lama seperti menunggu nombor giliran,” tambahnya.

Dalam masa sama, salah seorang pelanggan, Ibrahim Hamid berkata suasana di kedai tersebut sangat kondusif.

“Terdapat pendekatan baharu di mana saya tidak perlu lagi hanya fokus kepada kaunter, tetapi boleh meninjau pelbagai outlet runcit yang tersedia di sini. Semua perkhidmatan boleh didapati di satu tempat. Sebagai contoh, jika ingin membeli telefon, terdapat kaunter runcit tersendiri,” katanya.

Semasa pelancaran tersebut, Ibrahim, yang merupakan pelanggan bertuah selepas menukar pakej, menerima dua unit telefon pintar Samsung A16 Free 5G serta pelbagai barangan percuma.

Jafer Sadiq dan Jamal Abdullah pada Hari Terbuka dan Pelancaran Unifi Store Batu Lintang di sini, hari ini. Foto Janice Edmund Stanley (TVS)

Sementara itu, Ketua Kandungan Kreatif TV Sarawak (TVS), Jamal Abdullah menyifatkan kerjasama strategik antara TVS dan Unifi sebagai satu kejayaan kerana TVS berjaya menarik ramai penonton dan kini meneroka pelbagai platform baharu.

“Dengan Unifi, kami mempunyai asas yang kukuh dan penonton yang besar, dan kami yakin bahawa dengan Unifi, kami dapat menjangkau kesemuanya.

“Ini telah terbukti apabila angka penonton kami meningkat, dan kami telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Saya percaya hubungan ini harus diteruskan,” katanya.

Tambahnya, kerjasama dengan Unifi juga memberi nilai tambah kepada TVS, membolehkan mereka mengembangkan serta meningkatkan produk dan mesej kepada rakyat.

Hari Terbuka Unifi Batu Lintang berlangsung bermula hari ini sehingga Sabtu, menampilkan Kempen Terima Kasih, Unifi Device Fiesta (tambah TV, laptop permainan, mesh, tablet), jualan penghabisan telefon Samsung, serta barangan percuma lain (sementara stok masih ada).

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found