Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Foto AFP

Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari

ByBernama

ISTANBUL, 23 Jan: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan rancangannya untuk mengenakan tarif 10 peratus ke atas import dari China bermula 1 Februari, satu langkah yang dikhuatiri beberapa penganalisis boleh mencetuskan perang dagang.

Ancaman pelaksanaan tarif ini susulan pengumuman Trump pada Isnin yang beliau berhasrat  mengenakan 25 peratus duti ke atas import dari Kanada dan Mexico sebagai tindak balas terhadap kemasukan fentanyl dan pendatang tanpa izin ke AS, lapor Agensi Anadolu yang memetik media tempatan.

Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl, dengan mendakwa fentanyl dihantar dari China melalui Kanada dan Mexico ke Amerika Syarikat.

“Kami bercakap tentang tarif 10 peratus ke atas China berdasarkan hakikat yang mereka menghantar fentanyl ke Mexico dan Kanada,” kata Trump.

Rancangan Trump untuk mengenakan tarif ke atas China, Kanada dan Mexico mungkin menyebabkan kesan ekonomi kepada industri AS dan perang dagang, menurut penganalisis.

Pada penggal pertama menjadi presiden, Trump berjaya membuat perjanjian perdagangan baharu dengan Kanada dan Mexico, Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada dan mencapai perjanjian terhad dengan China untuk manfaat petani Amerika, menurut The New York Times.

Trump sejak itu berusaha merundingkan semula kedua-dua perjanjian itu semasa penggal keduanya.

Sebagai reaksi kepada rancangan Trump, jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning berkata Beijing akan mempertahankan kepentingan negara mereka.

“Tidak ada pemenang dalam perang dagang atau perang tarif dan China akan tegas mempertahankan kepentingannya” kata Mao dalam laporan The Global Times. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan