Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Temu bual ekskusif bersama Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks, Calvin Ho mengenai sambutan Tahun Baru Cina di Sunway Lagoon baru-baru ini. Foto Bernama

Taman tema Sunway sambut Tahun Baharu Cina dengan penganjuran ‘Scales of Prosperity’

ByBernama

PETALING JAYA, Jan 23: Sempena Tahun Baharu Cina, Taman Tema Sunway mempelawa rakyat Malaysia menyelami dunia penuh keceriaan, kebudayaan dan muhibah menerusi sambutan festival ‘Scales of Prosperity’, bermula esok hingga 2 Feb.

Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway Calvin Ho berkata pelbagai acara menarik, menyeronokkan dan pengalaman yang pastinya sukar dilupakan bakal menanti para pengunjung di Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun.

“Semua pengunjung bakal disajikan pelbagai persembahan menakjubkan seperti Tarian Naga LED yang bergemerlapan, aksi memukau seni mempertahankan diri Wushu dan aksi penuh misteri menerusi Tukar Wajah (Face Changing). Pemberian angpau yang mengandungi hadiah misteri, menyerlahkan lagi suasana perayaan apabila pengunjung menyantuni Duta Taman dengan ucapan ‘Gong Xi Fa Cai’.

“Ketika menyambut ketibaan Tahun Ular, mengingatkan kita mengenai kekuatan yang hadir daripada semangat kebersamaan. ‘Scales of Prosperity’ bukan sekadar satu sambutan, ia sebuah kisah muhibah komuniti, tradisi dan keriangan sambil mengukir memori indah bersama insan tersayang,” katanya kepada Bernama di sini.

Di Sunway Lagoon, Ho berkata pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti interaktif termasuk permainan Dam Ular Gergasi bersaiz sebenar, kraf tangan ular kertas, demonstrasi pembuatan manisan tradisi Tanghulu serta acara masakan secara langsung oleh tukang masak taman tema itu.

Ho berkata di Sunway Lost World of Tambun, pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti meriangkan seperti acara rekaan bertemakan ular, permainan tradisi Cina Jianzi,  permainan Snake’s Bounce selain merasai pengalaman unik tradisi Lou Sang bertemakan Tahun Ular.

“Bagi menceriakan lagi suasana perayaan, pengunjung boleh menyaksikan pertunjukan bunga api muzikal yang menerangi suasana malam, mewujudkan suasana penuh bermakna ketika sesi Lou Sang bersama insan tersayang,” katanya.

Sambutan yang dirancang turut menekankan kepada perpaduan, mengetengahkan kerja seni ular hasil karya kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang, termasuk peserta program ‘Sunway Theme Parks’ Explorer Rangers’.

“Program itu ialah inisiatif pendidikan dan interaktif Sunway Theme Parks, yang diwujudkan bagi mencetuskan inspirasi dalam kalangan generasi muda. Menerusi pelbagai aktiviti praktikal selain pengalaman pembelajaran menyeronokkan, kanak-kanak didedahkan dengan pengalaman bekerja dalam kumpulan dan menjana kreativiti mereka.

“Pengunjung juga dipelawa mengabadikan #AwesomeMoment bersama karya seni di taman ini dan berkongsi gambar kenangan itu di media sosial dengan tag Sunway Lagoon Studios. Ayuh, raikan keindahan perpaduan dan kepelbagaian bersama. Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan tradisi Tahun Baharu Cina ini di Taman Tema Sunway,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan