Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan menerima menghadap Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul di Istana Nurul Iman Brunei Darussalam bagi membincangkan isu kerjasama dua hala dalam pembangunan mampan. Foto Parlimen Malaysia

Sultan Brunei berkenan terima menghadap Yang Dipertua Dewan Rakyat 

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Jan: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan menerima menghadap Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul di Istana Nurul Iman Brunei Darussalam bagi membincangkan isu kerjasama dua hala dalam pembangunan mampan.

Parlimen Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam pertemuan itu perbincangan turut menumpukan kepada isu perpaduan ASEAN dalam menghadapi cabaran global.

Sempena lawatan rasmi ke Brunei itu, Johari turut menghadap Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah yang juga Menteri Kanan Di Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam.

“Perbincangan menyentuh mengenai usaha sama antara Brunei dan Malaysia untuk memacu inovasi digital serta pembangunan belia ASEAN,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Johari turut mengundang rakan sejawatnya Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman Mohamed Taib untuk menghadiri Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN yang bakal diadakan di Kuala Lumpur tahun ini, sejajar peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Pertemuan empat mata antara dua pemimpin legislatif itu memberi tumpuan untuk memperkukuh diplomasi parlimen dan meneroka kerjasama strategik antara kedua-dua negara merangkumi isu-isu berkepentingan seperti kestabilan serantau, pengukuhan hubungan antara rakyat dan usaha untuk mencapai matlamat bersama ASEAN. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan