Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nancy bercakap kepada pemberita selepas hadir Program Bicara Eksekutif Siri 1 Cabaran Menuju Ke Puncak Kepimpinan di sini hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS)

RUU Profesion Kerja Sosial dibentang di Dewan Rakyat Julai ini

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 23 Jan: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyasarkan untuk membentang Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial di Dewan Rakyat pada Julai depan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kertas kerja RUU berkenaan yang akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara juga menyeluruh kerana turut melibatkan kementerian lain dan pihak berkaitan.

“Skop kerja sosial sangat luas dan melibatkan banyak kementerian lain. Oleh itu, kita telah menetapkan beberapa penambahan dalam kandungan RUU tersebut untuk memperkukuhkan pelaksanaannya.

“Kita tidak mahu (kertas kerja itu) dihantar balik kepada kementerian, oleh sebab itu kita akan usahakan secepat mungkin tetapi sasaran kita supaya dapat dibentang Julai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir Program Bicara Eksekutif Siri 1/2025 Cabaran Menuju Ke Puncak Kepimpinan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, Ketua Setiausaha (KSU) KPWKM bersama pasukan berkaitan telah mengadakan perbincangan baru-baru ini bagi memperhalusi kandungan RUU sebelum dihantar kepada Jabatan Peguam Negara pada Februari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan telah bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggubalan RUU itu dan telah mengemukakan draf bagi semakan di peringkat Jabatan Peguam Negara pada Jun 2021.

Cadangan itu susulan terdapat isu teknikal yang perlu diperhalusi, selain pelbagai pihak yang ingin turut serta dalam RUU berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan