Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli. Foto fail Bernama

RMK13: Kerajaan komited utamakan dasar pemboleh, pacu pertumbuhan industri utama

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Jan: Kerajaan komited untuk mengutamakan dasar pemboleh berbanding campur tangan langsung dalam mendorong kreativiti dan pertumbuhan industri menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.

Beliau berkata tumpuan akan diberikan kepada pemerkasaan ekosistem melalui sokongan dasar, peningkatan kecekapan, pembangunan bakat dan insentif struktural untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2028 atau 2029.

“Peranan kerajaan adalah membolehkan dan memudah cara, memungkinkan industri memanfaatkan kreativiti masing-masing dan berkembang dengan bebas, dan ini memerlukan dasar yang mengukuhkan keseluruhan ekosistem,” katanya pada sesi libat urus terakhir dengan wakil industri bagi RMK13 di sini, hari ini.

Sesi itu, melibatkan pihak berkepentingan dari sektor runcit, penjagaan kesihatan swasta, pelancongan, pembinaan, logistik dan perkhidmatan lain, membincangkan peningkatan pergantungan ekonomi Malaysia kepada industri perkhidmatan.

Rafizi berkata sektor perkhidmatan dijangka menguasai aktiviti ekonomi Malaysia dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, sejajar dengan kebangkitan ASEAN sebagai kuasa ekonomi global utama.

“ASEAN dijangka menjadi ekonomi keempat terbesar dunia atau ketiga dunia dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, manakala kelas pertengahan, jumlah penduduk muda serta ketersambungan digital ASEAN menjadikan blok ini sebagai kuasa penggunaan.

“Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk meraih manfaat daripada pertumbuhan ini,” katanya.

Beliau berkata RMK13 adalah peluang terbaik untuk menyusun semula ekonomi dan melaksanakan pembaharuan yang diperlukan bagi trajektori pembangunan Malaysia

Tidak seperti rancangan terdahulu, RMK13 memberi tumpuan kepada perubahan struktural untuk menyokong pertumbuhan mampan dan seiring dengan ekonomi global yang semakin berkembang, katanya.

Beliau berkata pihaknya sedang melaksanakan pendekatan holistik untuk perancangan peringkat makro, meliputi semua bidang termasuk infrastruktur, pembangunan sosial, pendidikan, dan penjagaan kesihatan bagi menyokong kemajuan negara.

Bagaimanapun Rafizi mengakui pelaksanaan dasar boleh memberi kesan yang tidak diingini dan menggesa pihak berkepentingan supaya berkongsi pandangan mereka untuk mengatasi kelemahan.

“Sentiasa ada pertukaran dalam menggubal dasar. Pandangan daripada peserta industri dan Ahli Parlimen penting untuk memperhalus strategi kita dan memastikan dasar tersebut mencapai hasil yang dihasratkan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan