Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Anugerah PSEA ke-11. Foto Aziz Soleh (TVS)

PSEA 2025 pertaruh RM89,000 hadiah tunai kepada 212 penyertaan

ByConnie Grace

KUCHING, 23 Jan: Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak (PSEA) ke-11 pada tahun ini menyaksikan pencapaian yang luar biasa dengan mencatatkan jumlah peserta tertinggi iaitu 212 orang, berbanding hanya 144 peserta pada edisi sebelumnya.

Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak Datu Jack Liam berkata, para peserta terdiri daripada 52 penyertaan dalam kalangan perusahaan besar, 29 pula pihak industri sederhana, 12 penyertaan adalah industri kecil, dan seterusnya 95 penyertaan adalah daripada sektor makanan serta restoran.

Selain itu, anugerah ini melibatkan penyertaan daripada sektor kerajaan, majlis bandaraya, dan perbandaran dengan 6 penyertaan daripada setiap kategori tersebut, selain 3 penyertaan daripada majlis daerah dan 9 lagi dalam kategori terbuka.

“Sebanyak RM89,000 akan diterima oleh juara bagi setiap kategori yang dipertandingkan kerana ini merupakan kali pertama dalam sejarah.” Katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak, di Kuching, pada Rabu.

Jelasnya lagi, anugerah PSEA ke-11 ini bertujuan untuk memberi penghargaan lebih besar kepada pengamal amalan lestari di pelbagai sektor.

Terdahulu, Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri Sarawak (CMEA) yang kini dikenali sebagai Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak (PSEA) adalah anugerah berprestij yang dianugerahkan setiap dua tahun yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2001.

Anugerah ini dianjurkan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) sehingga edisi ke-7 pada tahun 2016. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan