Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan banjir di daerah Saratok, yang kini memasuki hari kelima menyaksikan satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Rumah Dayak masih beroperasi dan menempatkan seramai 91 mangsa banjir. Foto fail Media sosial

PPS di Saratok masih dibuka, tempatkan 91 mangsa banjir

KUCHING, 23 Jan: Keadaan banjir di daerah Saratok, yang kini memasuki hari kelima menyaksikan satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Rumah Dayak masih beroperasi dan menempatkan seramai 91 mangsa banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan setakat 8 pagi tadi, 21 keluarga dari Rumah Tembawai Kapok yang terjejas akibat banjir sejak Ahad masih berlindung di PPS berkenaan.

JPBN Sarawak turut memaklumkan sebanyak 11 lokasi di seluruh negeri yang berisiko mengalami banjir turut dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Setakat ini, paras air di bahagian Kuching menunjukkan penurunan manakala paras air di daerah Kanowit, Sibu, Matu, Sebauh dan Limbang menunjukkan peningkatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan