Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Difahamkan kejadian di Desa Jaya, Kepong itu berlaku apabila ah long bertindak membakar rumah ibu bapa kepada peminjam yang telah meninggal dunia, dipercayai akibat terjatuh dari tingkat tinggi sebuah hotel di Johor. Foto X @limlipeng

Polis terima laporan ‘ah long’ bakar rumah peminjam

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 23 Jan: Polis mengesahkan menerima laporan pemberi pinjaman tidak berlesen atau ‘ah long’ membakar rumah peminjam yang gagal melunaskan hutang.

Difahamkan kejadian di Desa Jaya, Kepong itu berlaku apabila ah long bertindak membakar rumah ibu bapa kepada peminjam yang telah meninggal dunia, dipercayai akibat terjatuh dari tingkat tinggi sebuah hotel di Johor.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner (ACP) Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan diterima pihaknya pada pukul 5.51 petang pada 18 Januari lalu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan khianat dengan api,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Pada Selasa, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menerusi platform X memaklumkan beliau telah menerima aduan berkenaan kejadian itu dan telah membuat dua laporan polis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan