Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar (dua, kanan) dan anggotanya menunjukkan pelbagai jenis dadah bernilai RM3.68 juta yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. Foto Bernama

Polis rampas dadah RM3.68 juta, dua ahli sindiket ditahan

ByBernama

JOHOR BAHRU, 23 Jan: Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah serta merampas dadah bernilai RM3.68 juta dalam operasi khas di daerah ini minggu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata kedua-dua suspek berusia 30 dan 33 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada 13 dan 14 Jan.

Beliau berkata modus operandi sindiket menjadikan kenderaan dan kondominium berpengawal sebagai stor penyimpanan dan pembungkusan semula dadah untuk dipasarkan di daerah ini.

“Dadah yang dirampas membabitkan 21.81 kilogram serbuk ekstasi, 1.4 gram syabu dan 40.28 liter cecair disyaki dadah yang belum dapat dipastikan.

“Sindiket pengedaran dadah ini dipercayai telah aktif beroperasi sejak Disember dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan dalang dan ahli sindiket lain,” katanya pada sidang media di IPK Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata sindiket itu juga didapati terlibat dalam kegiatan pemalsuan dokumen dan wang, dengan 13 kad pengenalan dan lesen memandu,18 keping wang, 10 kad bank serta geran kenderaan yang kesemuanya palsu dirampas.

Turut disita peralatan mencetak, wang tunai RM400 dan sejumlah mata wang Kemboja serta seutas jam tangan.

Beliau berkata hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine, selain mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Kumar berkata kedua-duanya direman selama 12 hari bermula 14 Jan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 489B Kanun Keseksaan dan Seksyen 468 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan