Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM566,665 susulan penahanan dua lelaki warga tempatan di Muar dan Mersing, pada Selasa. Foto Bernama

Polis Johor rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM500,000 juta

ByBernama

JOHOR BAHRU, 23 Jan: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM566,665 susulan penahanan dua lelaki warga tempatan di Muar dan Mersing, pada Selasa.

Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar berkata dua suspek itu ditahan menerusi Op Taring Landai Khas sempena perayaan Tahun Baharu Cina, hasil risikan berkaitan penjualan mercun dan bahan api tanpa kebenaran.

Suspek berusia 40 tahun ditahan pada 4.30 petang di kawasan perindustrian Parit Hulu, Muar manakala suspek berumur 24 tahun ditangkap di Taman Desa Sri Endau, Mersing pada 10.30 malam.

“Suspek pertama dipercayai penjaga premis yang ditemukan 319 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM503,665 manakala suspek kedua ditahan semasa memandu kereta yang membawa barangan itu dianggarkan berjumlah RM63,000 dengan menyembunyikannya di tempat duduk belakang dan tempat letak barang.

“Kedua-dua suspek gagal mengemukakan lesen pemilikan yang sah terhadap pemilikan barangan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumar berkata suspek kedua juga didakwa cuba merasuah pihak berkuasa dengan menawarkan wang RM2,500 semasa proses dokumentasi terhadapnya dilakukan di markas taktikal PPM di Mersing.

Beliau berkata siasatan lanjut berhubung pemilikan mercun dan bunga api dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki bahan letupan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi dakwaan menawarkan suapan, Kumar berkata kes diserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan