Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Aaron Ago Dagang hadir melancarkan portal bantuan kewangan program perpaduan di ibu negara hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Permohonan bantuan kewangan program perpaduan NGO secara dalam talian

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 23 Jan: Permohonan bantuan kewangan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanakan program perpaduan perlu dikemukakan sepenuhnya secara dalam talian bermula tahun ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ini selaras dengan transformasi sektor awam di samping mahu memastikan proses permohonan dan kelulusan lebih efisien.

Jelas Aaron Ago, penambahbaikan yang dibuat melalui portal bantuan kewangan program perpaduan itu merupakan satu manifestasi bagaimana teknologi boleh dimanfaatkan.

“Kita berharap melalui proses yang dilaksanakan secara dalam talian ini akan mengurangkan sebarang kekangan yang mungkin dihadapi oleh NGO sekali gus mempercepatkan perlaksanaan program program perpaduan yang ingin dicadangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Portal Bantuan Kewangan Program Perpaduan di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator K. Saraswathy.

Sementara itu Aaron Ago memaklumkan pada tahun ini kementerian memberi fokus kepada penganjuran program – program perpaduan berteraskan Harmoni Dalam Kepelbagaian dan ke arah pembinaan Negara Bangsa.

Pada masa sama beliau turut memuji peranan yang dimainkan oleh NGO dalam membantu kerajaan memupuk perpaduan di negara ini.

“Pada tahun lalu sebanyak 78 program perpaduan yang diterajui NGO melalui kerjasama dengan kementerian berjaya dilaksanakan di seluruh negara melibatkan lebih 600,000 peserta,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan