Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Zahid berucap pada Majlis Konvensyen Pegawai Lapangan RISDA 2025 di Bangi, Selangor di sini hari ini. Foto, Amiruddin (TVS).

Malaysia sasar kembali bergelar pengeluar getah utama dunia

ByHafeezzur Muzamir

BANGI, 23 Jan: Malaysia menyasarkan untuk kembali bergelar sebagai pengeluar getah nombor satu dunia dalam tempoh 10 tahun lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keyakinan itu berdasarkan keluasan kawasan tanaman getah yang dimiliki negara dan keupayaan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dalam penanaman semula pokok getah.

“Kita (Malaysia) mempunyai 800,000 hektar kawasan tanaman getah dengan 400,000 daripadanya perlu ditanam semula.

“Penanaman semula itu mesti menggunakan baka yang baik dan otomasi bagi penorehan dan pengumpulan yang perlu ditingkatkan.

“Selain itu, kita perlu memperbanyakkan lagi depo untuk latex,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Konvensyen Pegawai Lapangan RISDA 2025 di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

Sebelum ini, negara pernah menjadi pengeluar utama getah dunia apabila menyumbang 50 peratus bekalan getah global.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, beliau akan membentangkan cadangan untuk menjadikan RISDA sebagai pembeli tunggal getah bagi pekebun kecil dalam Mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.

“Ini adalah ‘game changer’ kerana 89 peratus pasaran getah dikuasai oleh pekebun kecil RISDA dan hanya 11 peratus sahaja oleh ladang-ladang besar.

“Mungkin kerjasama ini juga boleh dilakukan untuk menentukan peningkatan harga getah,” katanya.

Ahmad Zahid menambah, pihaknya juga akan meneliti sekiranya langkah itu dapat meningkatkan pengeluaran latex sekali gus mengurangkan beban kerajaan yang membelanjakan RM6 bilion saban tahun untuk mengimportnya dari negara luar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan