Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyiasat memeriksa lokasi di luar stesen kereta api JR Nagano selepas seorang lelaki menikam tiga orang di sebuah perhentian bas di bandar Nagano. Foto AFP

Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun

ByBernama

NAGANO (Jepun), 23 Jan: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam insiden tikaman rambang berhampiran Stesen JR Nagano pada Rabu  malam, lapor agensi berita Kyodo yang memetik kenyataan polis tempatan dan pihak bomba.

Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis. Sumber penyiasat menyatakan bahawa suspek dipercayai menyasarkan mangsa secara rambang.

Ketiga-tiga mangsa diserang ketika sedang menunggu bas berhampiran stesen itu.

Seorang daripada mangsa, Hiroyoshi Maruyama, 49, mengalami luka akibat ditikam pada bahagian kiri badan dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaannya, menurut pihak berkuasa.

Perkhidmatan kecemasan dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira 8.05 malam itu selepas seorang pemanggil melaporkan seorang lelaki tidak sedarkan diri selepas serangan itu.

Seorang lelaki dalam lingkungan 30-an mengalami kecederaan serius akibat ditikam di bahagian belakang, manakala seorang wanita berusia 30-an cedera selepas diserang dan terjatuh, menurut pegawai.

Polis memaklumkan bahawa seorang saksi menggambarkan suspek sebagai lelaki bertubuh kurus dalam lingkungan 40-an, dengan ketinggian antara 165 hingga 175 sentimeter.

Suspek memakai cermin mata dan menutup kepalanya dengan kain putih. Lelaki itu kali terakhir dilihat melarikan diri ke arah selatan menuju ke kawasan pusat bandar Nagano.

Polis masih meneruskan operasi memburu penyerang itu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan