Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Produk gula-gula Apple S yang dikesan mengandungi racun berjadual tidak dibenarkan dijual di pasaran. Foto KKM

KKM larang penjualan gula-gula jenama Apple S

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 23 Jan: Kementerian Kesihatan (KKM) melarang penjualan dan menghentikan penggunakan produk gula-gula jenama Apple S yang dikesan mengandungi racun berjadual Sibutramine iaitu sejenis sebatian kimia yang bertindak sebagai pemendam rasa lapar atau selera makan.

KKM berkata, kesemua peniaga termasuk yang menjual secara dalam talian yang masih mempunyai stok produk tersebut supaya menghentikan serta merta penjualan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.

KKM turut mengarah semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial berhenti mengiklankan makanan tersebut.

“Orang ramai yang sedang menggunakan produk ini perlu menghentikan penggunaan produk tersebut serta merta dan mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan,” kata KKM menerusi kenyataan media hari ini.

Tambah KKM,produk tersebut didapati tidak mematuhi keperluan pelabelan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, termasuk tiada nama sebenar produk dalam Bahasa Malaysia, serta tiada maklumat mengenai pengilang, pembungkus, pengedar, atau pemilik hak pengilangan dan pengimport.

Sehubungan itu, produk itu tidak dibenarkan untuk diiklankan dan dijual mengikut Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Sibutramine adalah sebatian kimia yang digunakan di dalam kebanyakan produk bagi tujuan menguruskan badan dan merupakan bahan terlarang yang tidak lagi berdaftar dengan KKM.

“Antara kesan sampingan sibutramine yang dilaporkan adalah gangguan fungsi sistem jantung seperti menyebabkan degupan jantung menjadi lebih laju walaupun dalam keadaan rehat,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kesan sampingan lain yang ringan adalah mulut kering, rasa mual, sembelit, sukar tidur, pening dan senggugut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan