Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa Turkiye menahan 11 individu sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung kebakaran sebuah hotel di pusat peranginan ski di Wilayah Bolu, dengan angka korban meningkat kepada 79 orang. Foto AFP

Kebakaran hotel di Turkiye: 11 individu ditahan, angka korban meningkat kepada 79 orang

ByBernama

ISTANBUL, 23 Jan: Pihak berkuasa Turkiye menahan 11 individu sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung kebakaran sebuah hotel di pusat peranginan ski di Wilayah Bolu, dengan angka korban meningkat kepada 79 orang, lapor Agensi Anadolu (AA) pada Rabu.

Kebakaran yang berlaku pada Selasa kira-kira 3.30 pagi waktu tempatan (0030GMT) di kawasan restoran hotel Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya dengan cepat merebak ke seluruh bangunan, menurut Gabenor Bolu, Abdulaziz Aydin.

Seramai 17 mangsa yang cedera telah dibenarkan keluar dari hospital manakala seorang lagi masih dirawat di unit rawatan rapi, kata Menteri Kesihatan Kemal Memisoglu kepada pemberita.

Menurut Menteri Kehakiman Yilmaz Tunc, Pejabat Ketua Pendakwa Raya Bolu sedang menjalankan siasatan menyeluruh.

“Antara yang ditahan termasuk timbalan datuk bandar Bolu yang bertanggungjawab ke atas jabatan bomba, ketua bomba majlis perbandaran, pemilik hotel, pengurus besar syarikat dan pengurus hotel,” tulis Tunc di platform X.

Beliau berkata pasukan yang terdiri daripada tujuh pakar sedang menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian untuk menentukan punca kebakaran serta menilai sebarang unsur kecuaian.

Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya yang mengesahkan skop siasatan berkata usaha sedang dijalankan untuk memastikan semua pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

Kebakaran itu mengambil masa lebih 10 jam untuk dikawal. Operasi pemadaman turut dibantu pasukan kecemasan dari bandar berdekatan, termasuk unit tindak balas bencana, dan petugas perubatan yang dibantu oleh helikopter.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menyampaikan ucapan takziah dan menegaskan bahawa insiden itu “sedang disiasat secara menyeluruh dan langkah sewajarnya akan diambil untuk memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan.”

Ramai pemimpin dunia, termasuk pegawai Kesatuan Eropah dan pemimpin negara jiran, turut menyampaikan ucapan takziah kepada Turkiye dan keluarga mangsa.

Kartalkaya yang terletak di wilayah Bolu, merupakan antara destinasi pelancongan musim sejuk terkemuka di Turkiye dengan menarik ribuan pelawat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan